Didakwa ‘pilih bulu’, pihak pengurusan pertahankan Hawa Rizwana - Utusan Malaysia

Didakwa ‘pilih bulu’, pihak pengurusan pertahankan Hawa Rizwana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengacara, Hawa Rizwana Redzwan menerima kecaman teruk dalam kalangan netizen selepas didakwa ‘pilih bulu’ ketika beramah mesra dengan barisan artis jemputan program yang dikendalikannya, MeleTop.

Menerusi video yang tular tersebut memperlihatkan pengacara itu seolah tidak mengendahkan kehadiran penyanyi, Engku Ratu sebelum menyapa Oddah.

Bagaimanapun, pihak pengurusan artis, Rocketfuel Entertainment tampil meleraikan salah faham yang berlaku dengan memuat naik video penuh momen tersebut dan mempertahankan pengacara tersebut

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak kami ambil maklum dengan komen yang diberikan terhadap video ini dan video semalam telah disunting tanpa memberikan gambaran yang sepenuhnya dan ini merupakan video penuh di MeleTop, malam tadi (Selasa),” katanya.

Menerusi hantaran video itu, Hawa dilihat mesra berlaga pipi dan bersalaman dengan anak kepada pelakon, Que Haidar itu.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial tampil memuat naik potongan video momen yang mencetuskan kontroversi itu sehingga mengundang salah faham orang ramai.

“Orang industri ini memang pilih bulu ke? Dengan budak pun nak buli, kesian dia,” komen netizen

“Berubah air muka dia, kenapa jahat sangat dengan budak-budak pun buat macam itu?,” kata seorang pengguna media sosial.

“Hawa, buruknya perangai. Ingat sikit, bukan semua orang suka kau. Dengan budak pun ada cemburu,” tulis netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini