Bapa Nik Nazmi meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bapa Nik Nazmi meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bapa kepada pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama), Nik Nazmi iaitu Nik Ahmad Nik Hassan meninggal dunia. 

Perkara itu dimaklumkan oleh Jurucakap Bersama, Ibrahim Sani yang turut merakamkan ucapan takziah pada bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu. 

“Salam takziah Yang Berhormat (YB) Nik Nazmi di atas pemergian ayahanda tercinta,” katanya dalam satu hantaran. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli turut menyampaikan ucapan takziah kepada rakannya itu. 

“Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada Nik Nazmi dan seluruh keluarga beliau atas pemergian ayahanda yang telah kembali ke rahmatullah.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini