UMT anjur MFAIC 2026 himpun wakil 15 negara

UMT anjur MFAIC 2026 himpun wakil 15 negara

Maizura Mohamad Noor pada sesi pertukaran cenderamata selepas marasmikan persidangan (MFAIC) 2026 di Kuala Nerus hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS : Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menganjurkan Persidangan Antarabangsa Persatuan Kewangan Malaysia ke-28 (MFAIC2026) yang menghimpunkan cendekiawan, penyelidik dan wakil industri dari 15 negara bagi membincangkan perkembangan serta cabaran semasa sektor kewangan global.

Persidangan bertemakan Global Finance in the Digital Age: Stability, Sustainability and Inclusivity itu menampilkan 98 pembentangan penyelidikan melibatkan 46 institusi dan organisasi daripada pelbagai negara.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT, Prof. Ts. Dr. Noor Maizura Mohamad Noor berkata, teknologi digital seperti rantaian blok (blockchain),kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran awan dan data raya mengubah secara mendasar cara modal disimpan, diurus dan diagihkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemajuan teknologi tidak seharusnya berlaku dengan mengorbankan daya tahan kewangan, pembangunan lestari atau akses yang saksama kepada peluang,” katanya ketika merasmikan persidangan itu.

Pembentangan penyelidikan merangkumi tiga bidang utama, iaitu kestabilan kewangan dan tadbir urus; pasaran kewangan, pelaburan dan teknologi kewangan (FinTech); serta kewangan inklusif dan lestari.

Persidangan itu turut mengiktiraf kecemerlangan penyelidikan menerusi beberapa anugerah, termasuk MFA Best Paper Awards, MFA Best PhD Research Award dan Best Presenter Awards.

Penganjuran MFAIC2026 turut mendapat sokongan pelbagai rakan industri, badan profesional dan institusi bagi memperkukuh jaringan akademik serta kerjasama penyelidikan dalam bidang kewangan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini