Warga asing kahwin Melayu tidak automatik jadi bumiputera

Warga asing kahwin Melayu tidak automatik jadi bumiputera

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Warganegara asing beragama Islam yang berkahwin dengan warganegara Malaysia berketurunan Melayu tidak secara automatik mendapat status keturunan Melayu atau kelayakan menikmati hak dan keistimewaan bumiputera.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkahwinan itu tidak mengubah keturunan asal warganegara asing berkenaan.

Beliau berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga tidak menentukan seseorang warganegara asing sebagai berketurunan Melayu hanya berdasarkan perkahwinan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penentuan sama ada seseorang individu itu berstatus Bumiputera serta kelayakan untuk menikmati sesuatu hak atau keistimewaan yang diperuntukkan kepada Bumiputera adalah di luar bidang kuasa JPN.

“Perkara tersebut tertakluk kepada undang-undang, dasar dan syarat yang ditetapkan oleh agensi atau pihak berkuasa berkaitan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang meminta penjelasan sama ada warganegara asing beragama Islam yang berkahwin dengan warganegara Malaysia berketurunan Melayu boleh dianggap sebagai Bumiputera serta menikmati hak atau keistimewaan berkaitan.

Bagaimanapun, Saifuddin Nasution berkata, bagi anak yang dilahirkan hasil perkahwinan sah di sisi undang-undang Malaysia antara warganegara asing beragama Islam dengan warganegara Malaysia berketurunan Melayu, ibu atau bapa boleh memilih keturunan untuk didaftarkan bagi anak berkenaan.

Katanya, pendaftaran itu boleh dibuat mengikut keturunan ibu atau bapa, sama ada berketurunan Melayu atau keturunan warganegara asing berkenaan.

Beliau menjelaskan, penentuan status bumiputera dan kelayakan menikmati keistimewaan berkaitan perlu dirujuk kepada undang-undang serta syarat yang ditetapkan agensi berkuasa, bukannya berdasarkan status perkahwinan atau agama seseorang semata-mata.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini