Semua sekolah di Negeri Sembilan dibuka esok

Semua sekolah di Negeri Sembilan dibuka esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Negeri Sembilan akan beroperasi seperti biasa esok.

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dalam kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat berdasarkan pemantauan keadaan semasa serta bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini.

Menurutnya, pihak sekolah bagaimanapun perlu terus memantau kualiti udara dan mematuhi garis panduan yang berkuat kuasa bagi memastikan kesihatan serta keselamatan murid dan warga sekolah terpelihara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Murid turut disarankan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga, khususnya mereka yang mengalami gejala pernafasan atau tergolong dalam kumpulan berisiko.

“JPNS juga akan terus memantau perkembangan semasa dan menyalurkan maklumat rasmi sekiranya terdapat sebarang perubahan,” katanya.

Ibu bapa dan penjaga turut diminta mengikuti saluran rasmi JPNS bagi mendapatkan maklumat terkini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini