SPRM tubuh pasukan khas siasat semula dakwaan rasuah RM350,000

SPRM tubuh pasukan khas siasat semula dakwaan rasuah RM350,000

ABD. HALIM AMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan pasukan khas bagi menyemak dan meneliti semula dakwaan rasuah berjumlah RM350,000 yang dikaitkan dengan seorang pegawai kanan suruhanjaya itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, mengarahkan penubuhan pasukan khas berkenaan susulan gesaan serta penularan semula isu tersebut yang pernah disiasat pada 2018.

Menurut SPRM, siasatan ketika itu ditutup selepas tiada sebarang kesalahan berjaya dibuktikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, dengan gesaan serta penularan semula isu terbabit, Ketua Pesuruhjaya SPRM telah mengarahkan agar satu pasukan khas ditubuhkan dengan kadar segera bagi menyemak dan meneliti semula perkara ini.

“Langkah berkenaan diambil bagi memastikan integriti SPRM terus terpelihara dan keyakinan masyarakat terhadap institusi itu tidak tergugat,” katanya.

SPRM menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dalam menangani isu yang boleh menjejaskan kredibiliti suruhanjaya.

“Semua pihak diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi serta tidak menyebarkan berita yang belum dipastikan kesahihannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini