Dakwaan undi tidak percaya terhadap MB Negeri Sembilan tidak benar

Dakwaan undi tidak percaya terhadap MB Negeri Sembilan tidak benar

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Jalaluddin Alias menafikan pihaknya mempunyai perancangan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Beliau menegaskan dakwaan bahawa beliau akan mengemukakan usul berkenaan juga adalah tidak benar.

“Dakwaan kita mahu buat undi tidak percaya kepada Menteri Besar adalah tidak benar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penafian itu susulan laporan media yang memetik sumber mendakwa UMNO Negeri Sembilan sedang mempertimbangkan usul tersebut, dengan keputusan bergantung kepada kelulusan kepimpinan pusat parti.

Sidang DUN Negeri Sembilan dijadualkan berlangsung pada 26 November selepas ditangguhkan daripada 16 Oktober bagi menyelaraskannya dengan pembentangan belanjawan negeri bagi 2027 pada hari berikutnya.

Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 2 Ogos susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang menyaksikan Barisan Nasional meraih 18 kerusi, Pakatan Harapan 11 dan Perikatan Nasional tujuh kerusi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini