Inisiatif Belanjawan 2027 selari komitmen QSR Brands tawar nilai terbaik buat pelanggan

Inisiatif Belanjawan 2027 selari komitmen QSR Brands tawar nilai terbaik buat pelanggan

Nehchal Khanna
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Inisiatif Belanjawan 2027 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai agenda utama disifatkan selari dengan komitmen QSR Brands (M) Holdings Bhd. (QSR) untuk menawarkan nilai terbaik kepada pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan QSR Brands, Nehchal Khanna berkata, pihaknya mengalu-alukan Belanjawan 2027 dengan memuji komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat sebagai teras agenda pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Sebagai sebuah organisasi tempatan, kami melihat langkah-langkah yang diumumkan itu selari dengan komitmen menawarkan nilai terbaik kepada pelanggan, di samping membina perniagaan yang berdaya tahan dan produktif.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami mengalu-alukan peningkatan peruntukan sebanyak RM16 bilion bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) serta pelepasan cukai pendapatan individu bersasar untuk golongan berpendapatan sederhana,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, usaha mengekalkan kuasa beli isi rumah bakal memberikan kestabilan ekonomi kepada negara, seterusnya memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

“Inisiatif ditawakan itu turut melengkapi misi berterusan QSR Brands untuk menyediakan hidangan pada harga berpatutan dan mudah diakses seperti Menu Rahmah KFC di bawah inisiatif Payung Rahmah kerajaan.

“Kami menyokong penekanan kerajaan terhadap usaha meningkatkan pendapatan dan memacu produktiviti secara serentak.

“Bagi perniagaan seperti kami, pertumbuhan gaji yang mampan perlu bergerak seiring dengan peningkatan kecekapan operasi,” katanya.

Pada masa sama, QSR Brands sedang mempercepatkan pelaburan dalam data dan penyelesaian digital bagi memperkemas operasi serta menyediakan interaksi pelanggan yang lebih diperibadikan.

“Usaha ini penting dalam transformasi kami untuk menjadi syarikat teknologi makanan terkemuka di ASEAN.

“Pembangunan bakat dan kemahiran juga amat penting, seperti yang digariskan melalui peruntukan RM8 bilion bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta peluasan peluang latihan menerusi HRD Corporation,” jelasnya.

Dengan rakyat Malaysia merangkumi lebih 90 peratus daripada tenaga kerja kami, katanya, QSR Brands terus memberikan tumpuan terhadap inisiatif peningkatan kemahiran.

“Program pemerkasaan komuniti kami termasuk Program Biasiswa KFC untuk pelajar kurang berkemampuan, Program Latihan dan Penempatan Akademi Dalam Industri di bawah Kementerian Sumber Manusia serta program ijazah mikro-kredensial tajaan penuh bersama Universiti Sains Malaysia mencerminkan komitmen berterusan kami terhadap usaha ini.

“Kami turut mengalu-alukan peruntukan strategik yang bertujuan memperkukuh produktiviti pertanian domestik, yang penting bagi membangunkan rantaian bekalan makanan yang berdaya tahan,” ujarnya.

Secara keseluruhannya, kata beliau, Belanjawan 2027 berjaya mengimbangi kesejahteraan rakyat dengan daya saing perniagaan.

“QSR Brands kekal komited untuk menyokong keutamaan nasional ini menerusi pelaburan berterusan dalam pembangunan tenaga kerja, teknologi dan operasi kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini