PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam Gred Utama B dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan sebanyak RM750 turut diberikan kepada lebih satu juta pesara kerajaan, termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.
“Mengenang jasa penjawat awam, kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam Gred Utama B dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
“Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM750 turut diberikan kepada lebih satu juta pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.
“Pembayaran Bantuan Khas Kewangan ini akan dibuat sebanyak dua kali iaitu sebelum Aidilfitri dan sempena Ambang Tujuh Dasawarsa Merdeka,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini. –UTUSAN











