KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,500 bilik darjah tambahan dijangka siap dibina menjelang akhir tahun ini bagi menampung hampir 500,000 murid yang dijangka memasuki Darjah Satu pada tahun depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bilik darjah itu dibina melalui kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS).
Beliau berkata, kerajaan turut akan membina sekolah baharu, bangunan prasekolah serta kemudahan di sekolah sedia ada.
“Antaranya di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Chemor, Ipoh, Perak; Kompleks Sekolah Bandar Serenia, Sepang, Selangor; Pembinaan gantian penuh Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil),
Ladang Pamol, Kluang, Johor.
“Selain itu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bandar Mahkota Cheras dan Bangunan Prasekolah di SK Bulu Silou, Keningau, Sabah,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.
Tambahnya, Kolej matrikulasi baharu turut sedang dibina di Marang, Terengganu. – UTUSAN











