Peminjam PTPTN berpendapatan RM2,500 ke bawah diberi penangguhan bayaran balik

Peminjam PTPTN berpendapatan RM2,500 ke bawah diberi penangguhan bayaran balik

PTPTN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tahun 2027 khusus kepada peminjam yang berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan.   

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, manakala bagi peminjam yang berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan, kadar bayaran balik minimum yang dikenakan hanya RM50 sebulan.

Katanya, pelaksanaan langkah keprihatinan berkenaan bakal memberi manfaat dan meringankan beban kewangan kepada lebih 400,000 peminjam PTPTN di seluruh negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi menggalakkan budaya bertanggungjawab, kerajaan turut menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus kepada peminjam yang tidak mempunyai sebarang tunggakan dan membuat bayaran balik secara teratur,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini