Ambang bankrap meningkat kepada RM150,000

Ambang bankrap meningkat kepada RM150,000

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ambang bankrap akan dinaikkan daripada RM100,000 kepada RM150,000 menjelang 2027.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sudah membantu lebih 250,000 rakyat keluar daripada belenggu kebankrapan.

“Mulai 2027, kerajaan memutuskan untuk menaikkan ambang bankrap daripada RM100,000 kepada RM150,000,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Anwar berkata, Dasar Peluang Kedua Prihatin turut diperluas bagi mempercepat proses bebas bankrap.

Beliau berkata, ia termasuk kepada penjaga utama ahli keluarga orang kurang upaya (OKU), pesakit kronik, warga emas, pekerja gig dan yang berpendapatan tidak tetap.

“Pelepasan automatik seawal tiga tahun di bawah Seksyen 33C, Akta Insolvensi terus diperkasa bagi mempercepat pembebasan individu bankrap yang memenuhi syarat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini