Pengecualian penuh duti setem pembelian rumah pertama bernilai RM500,000

Pengecualian penuh duti setem pembelian rumah pertama bernilai RM500,000

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Parlimen bagi membentangkan Belanjawan 2027 di sini hari ini. -UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan bercadang memberikan pengecualian penuh duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik bagi pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500,000.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi kediaman berharga sehingga RM750,000 pula, pengecualian penuh duti setem diberikan untuk RM500,000 pertama, manakala baki selebihnya menikmati pengecualian sebanyak 50 peratus.

“Inisiatif berkenaan terpakai bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan bermula 1 Januari 2027 sehingga 31 Disember 2030 bagi meringankan beban kewangan pembeli rumah pertama,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat di sini hari hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, Anwar berkata, bagi mencapai sasaran sifar projek perumahan terbengkalai menjelang tahun 2030, kerajaan turut bersetuju memberikan pengecualian penuh duti setem ke atas perjanjian pinjaman serta surat cara pindah milik.

Katanya, pengecualian penuh tersebut diberikan khusus kepada kontraktor atau pemaju penyelamat dan juga pembeli asal yang terjejas, berkuat kuasa bagi tempoh yang sama iaitu dari 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini