Pasaran buruh dijangka kekal berdaya tahan pada 2027

Pasaran buruh dijangka kekal berdaya tahan pada 2027

PENINGKATAN produktiviti jangka panjang akan terus diperkukuh melalui penaiktarafan industri, kecekapan sumber dan peningkatan kemahiran tenaga kerja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASARAN buruh dijangka kekal berdaya tahan pada 2027, disokong permintaan domestik yang kukuh meskipun berdepan cabaran geopolitik dan perdagangan yang berterusan.

Menurut Tinjauan Ekonomi 2027, pembaharuan struktural dari sudut penawaran di bawah kerangka Ekonomi MADANI, seperti pengukuhan struktur gaji, peluasan perlindungan sosial dan penambahbaikan persekitaran tempat kerja, dijangka mendorong peningkatan penyertaan tenaga buruh.

“Dari sudut permintaan, pelaksanaan bersasar pelan induk nasional termasuk Rancangan Malaysia Ketiga Belas, 2026-2030 (RMK13), NSS dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dijangka mempercepat pewujudan peluang pekerjaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu, kadar pengangguran dijangka kekal rendah pada 3.0 peratus pada 2027,” katanya.

Jelasnya, jumlah guna tenaga pula dijangka meningkat sebanyak 2.0 peratus kepada 17.2 juta orang dengan sektor perkhidmatan dan pembuatan terus menyumbang lebih daripada 80 peratus peluang pekerjaan.

Katanya, pekerja asing berkemahiran rendah dijangka terus berkurang pada 2027 selaras dengan mandat RMK13 untuk mengehadkan siling pekerja asing supaya tidak melebihi 10 peratus daripada jumlah guna tenaga pada 2030.

“Produktiviti buruh pula diunjur meningkat sebanyak 3.7 peratus kepada RM112,098 pada 2027, terutamanya didorong momentum produktiviti yang mampan dalam sektor perkhidmatan, khususnya industri berkaitan pelancongan susulan VM2026-2027.

“Peningkatan produktiviti jangka panjang akan terus diperkukuh melalui penaiktarafan industri, kecekapan sumber dan peningkatan kemahiran tenaga kerja.

“Selain itu, langkah menginstitusikan struktur gaji berteraskan produktiviti melalui inisiatif seperti PROSHARES akan membantu menjajarkan pertumbuhan gaji sebenar dengan pertumbuhan output.

“Ia sekali gus meningkatkan penciptaan nilai ekonomi dan menyokong peningkatan bahagian pampasan pekerja (PP) daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam jangka panjang,” katanya. -Peningkatan produktiviti jangka panjang akan terus diperkukuh melalui penaiktarafan industri, kecekapan sumber dan peningkatan kemahiran tenaga kerja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini