Peruntukan STR, SARA naik kepada RM16 bilion

Peruntukan STR, SARA naik kepada RM16 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi 2027 ditingkatkan kepada RM16 bilion berbanding RM15 bilion sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua penerima STR akan menerima SARA sehingga RM150 sebulan atau RM1,800 setahun, sekali gus memanfaatkan sehingga sembilan juta penerima.

“Selain itu, rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang bukan penerima STR akan menerima SARA MADANI sebanyak RM100 sebanyak dua kali, iaitu sebelum Aidilfitri dan menjelang ambang tujuh dasawarsa Merdeka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bantuan itu akan memanfaatkan sehingga 13 juta rakyat Malaysia termasuk golongan M40,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini