Bila Masjid Baiturrahman Alam Sari boleh mendirikan solat jemaah?

Bila Masjid Baiturrahman Alam Sari boleh mendirikan solat jemaah?

TINDAKAN proaktif diperlukan agar kelulusan untuk mendirikan solat di Masjid Baiturrahman Alam Sari dapat dilakukan dalam masa terdekat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MASJID Baiturrahman Alam Sari ialah sebuah masjid yang sedang dibina di kawasan perumahan Alam Sari, berhampiran Bangi dan Kajang, Selangor.

Memuatkan artikel berkaitan…

Masjid ini mendapat kelulusan pembinaan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Januari 2020. Pembinaan masjid ini pada April 2022 dan jangkaan awal dapat disiapkan pada April 2024.

Namun sehingga tarikh ini, pusat ibadat bagi kariah sekitar Bangi dan Kajang tertanya-tanya selain masih menunggu kelulusan untuk mendirikan solat jemaah. Adakah kami perlu menunggu sehingga Ramadan 2027?

Pihak berkuasa berkaitan khususnya Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) serta JAIS perlu mengambil tindakan proaktif agar kelulusan untuk mendirikan solat dapat dilakukan dalam masa terdekat memandangkan berlaku peningkatan penduduk ekoran kemajuan yang kian pesat.

Ahli Dewan Undangan (ADUN), Semenyih, Nushi Mahfodz Semenyih dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd. Sany Hamzan juga wajar turun padang agar permasalahan yang masih berbangkit dapat diselesaikan secara tuntas. –UTUSAN

MUSAFIR PANTAI TIMUR
Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini