KUALA LUMPUR: Pelakon, Liyana Jasmay berpandangan penggiat seni yang lebih senior perlu mengambil inisiatif untuk mengenali artis yang lebih baharu.
Hal demikian kerana pengalaman artis baharu dapat membantu untuk artis lama merendah diri.
“Saya sedar kalau anda usaha dengan ikhlas, banyak benda yang datang balik pada anda dalam keadaan baik.
“Hidup ni perlu banyak empati dalam diri, perlu banyak kasih sayang and perlu banyak kesedaran dgn keadaan keliling.
“I suka kenal orang baru, suka mendengar kisah kehidupan manusia lain , perjalanan hidup mereka sebab ia mengajar saya untuk merendah diri and selalu bersyukur,” katanya.
Dalam masa yang sama, Liyana juga enggan menghakimi seseorang itu kerana baginya, dia tidak berada dalam situasi mereka.
“Siapa kita untuk menghakimi perjalanan hidup orang lain. Saya memang boleh rasa vibe org, i boleh detect kalau sejenis kau jujur atau menipu, ke atau berpura-pura.
“Saya ini memang aneh-aneh juga, saya sejenis random, emosi saya ibarat rollercoaster, kada kala saya rasa saya punya tenaga memang lain macam bila saya tengah kerja,” ujarnya. – UTUSAN











