Gunung Semeru meletus lagi - Utusan Malaysia

Gunung Semeru meletus lagi

GUNUNG Semeru meletus lagi di Jawa Timur. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gunung Semeru, yang terletak di sempadan daerahLumajang dan Malang di Jawa Timur, Indonesia, meletus pada pagi Selasa dengan kolum letusan mencapai ketinggian 900 meter dari puncaknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Letusan Gunung Semeru berlaku pada jam 5.29 pagi WIB (Waktu Indonesia Barat) dengan kolum letusan yang diperhatikan naik kira-kira 900 meter dari puncak atau 4,576 meter dari aras laut,” kata Sigit Rian Alfian, petugas Pos Pengamatan Gunung Semeru dalam laporan bertulis yang diterima di Lumajang.

Menurutnya, kolum abu gunung berapi itu kelihatan kelabu dan tebal serta bergerak ke arah timur laut.

“Letusan itu direkodkan seismograf dengan amplitud maksimum 21 milimeter dan tempoh 135 saat,” katanya.

Sebelum itu, pada jam 2.03 pagi WIB, berlaku letusan yang tidak dapat dilihat secara visual berikutan keadaan berkabus.

Namun, seismograf merekodkan  dengan amplitud maksimum 23 milimeter dan tempoh 142 saat.

Sigit menjelaskan bahawa aktiviti gunung berapi Gunung Semeru kini berada pada Tahap III atau status Siaga.

Susulan status Siaga itu, orang awam dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti di luar, khususnya di sektor tenggara sepanjang aliran Besuk Kobokan yang meliputi kawasan sehingga 13 kilometer dari puncak, iaitu pusat letusan.

“Di luar jarak itu, orang awam juga dilarang melakukan aktiviti dalam lingkungan 500 meter dari tebing sungai di sepanjang Besuk Kobokan, berikutan risiko awan panas dan aliran lahar yang boleh melanda sehingga 17 kilometer dari puncak,” kata Sigit. 

Bulan lalu, Gunung Semeru di Indonesia meletus tiga kali pada awal Isnin, memuntahkan abu gunung berapi setinggi 1,000 meter  dari puncaknya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN