Pekerja Indonesia hargai dasar KWSP pekerja asing

Pekerja Indonesia hargai dasar KWSP pekerja asing

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki Indonesia melahirkan rasa terima kasih kepada Malaysia selepas mengakui berasa lebih dihargai sebagai pekerja asing susulan pelaksanaan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Memuatkan artikel berkaitan…

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik akaun @lee_dy15 itu berkata, caruman berkenaan memberi keyakinan kepadanya terhadap simpanan hasil titik peluh sepanjang bekerja di Malaysia.

“Jujur, sebagai perantau Indonesia di sini, saya rasa sangat dihargai sejak Malaysia memperkenalkan dasar KWSP untuk pekerja asing.

“Saya rasa masa depan dan hasil penat lelah bekerja di negara orang lebih terjamin apabila ada simpanan untuk kegunaan selepas pulang nanti.

“Terima kasih Malaysia. Ini sangat bermakna buat kami,” katanya menerusi sosial mediannya.

Dasar caruman mandatori itu mula berkuat kuasa bagi gaji Oktober 2025, dengan pekerja bukan warganegara dan majikan masing-masing mencarum dua peratus daripada gaji bulanan kepada KWSP.

Pelaksanaan itu meliputi pekerja bukan warganegara yang bekerja di Malaysia dengan pasport dan pas kerja yang sah, kecuali pembantu rumah asing.

Dalam hantaran sama, lelaki itu turut berkongsi tangkap layar akaun KWSP miliknya sebagai gambaran pengalaman menerima manfaat daripada kemudahan berkenaan.

Malah, dia berkata sudah mempunyai pengalaman membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel atau Akaun 3 sebanyak dua kali.

Perkongsian itu menarik perhatian pengguna media sosial selepas dia berkongsi pengalamannya sebagai pekerja Indonesia yang bekerja dan mencari rezeki di Malaysia.

Tambahnya, caruman KWSP memberi jaminan terhadap hasil usaha sepanjang bekerja di negara orang, selain menjadi simpanan untuk kegunaan pada masa akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN