‘Pas sepatutnya perbetulkan PN’

‘Pas sepatutnya perbetulkan PN’

Pas PN
WAN DZAHANURIN AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pas tidak sewajarnya mempertikai Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang mengambil tindakan terhadap Perikatan Nasional (PN), sebaliknya mereka perlu menyelesaikan masalah yang berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Wan Dzahanurin Ahmad berkata, notis penggantungan yang dikenakan terhadap PN itu berdasarkan aduan daripada Bersatu yang selaras dengan Akta Pertubuhan 1966.

Menurutnya, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan perlu memperbetulkan kembali PN yang sebelum ini diasaskan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Situasi sebenar yang diambil tindakan oleh pihak ROS iaitu selepas Bersatu mengemukakan aduan rasmi kepada ROS pada 11 Ogos berhubung Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai lalu kerana tidak memanggil Bersatu.

“ROS pada 22 September (Notis Tunjuk Sebab) dan 23 September  (Notis Penggantungan Aktiviti) terhadap PN adalah tindakan di bawah Seksyen 13(2) dan 13(2A) akta tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Justeru, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis menyelar Takiyuddin dan menyifatkan pemimpin Pas itu sebagai ‘bacul’ sebenar kerana mempertikai perkara itu di mahkamah.

“Saya minta Takiyuddin fokus kepada usaha memperbetulkan kembali PN, bukan dengan menuding jari kepada pihak lain.Itu yang sepatutnya.

“Mereka menyelar tindakan terhadap PN dengan menyifatkan pihak yang mengambil tindakan terhadap PN sebagai ‘bacul’,” tegasnya.

Semalam, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu dilapor mendakwa PN memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan ROS yang mengeluarkan notis berhubung cadangan pembatalan pendaftaran dan perintah penggantungan semua aktiviti gabungan itu.

Permohonan dibuat oleh lima Setiausaha Agung parti komponen PN sebagai pemohon.

Takiyuddin berkata, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), Datuk Mohamad Zulfikar Ahmad dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai dua responden dinamakan dalam permohonan berkenaan.

Beliau menjelaskan permohonan semakan kehakiman itu antara lain memohon perintah certiorari bagi membatalkan notis yang dikeluarkan ROS terhadap gabungan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN