KUALA LUMPUR: Tindakan penyanyi, Aisha Retno mengubah susunan lagu dan lirik Jodoh Lebaran ketika pembukaan rancangan Borneo Rising adalah selari dengan tema ‘plot twist’ pada konsert rancangan itu minggu lalu.
Kata Aisha, tindakan itu adalah bertepatan dengan kehendak produksi dan tuntutan rancangan mengikuti tema yang telah ditetapkan.
“Untuk yang inginkan sedikit pencerahan, ketahuilah bahawa tugas saya sebagai artis jemputan adalah untuk memberi introduction akan tema yang harus dibawakan oleh para peserta dan it’s called ‘plot twist’.
“Oleh itu,atas persetujuan produksi, saya mem-plot-twistkan lagu sendiri, lagu Jodoh lebaran menjadi jodoh sumandak, buat lirik sendiri and susunan sendiri berbentukkan swing jazz.
“Ok tak? Usahlah berandai andai lagi, Tak Adil kan dah pernah dinyanyikan,” katanya dalam Thread.
Terdahulu, muncul dakwaan di Thread yang penyanyi itu sering membawakan lagu Tak Adil, lantas dikatakan tiada lagu lain untuk dipersembahkan. – UTUSAN











