Marquez di luar jangkauan Martin

Marquez di luar jangkauan Martin

PELUMBA Ducati, Marc Marquez (tengah) meraikan kemenangan bersama pelumba Aprilia Racing, Jorge Martin (kiri) yang menduduki tempat kedua dan Marco Bezzecchi di tempat ketiga selepas perlumbaan MotoGP Grand Prix Jepun di Mobility Resort Motegi, Motegi, Tochigi, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOTEGI: Jorge Martin mengakui Marc Marquez berada pada tahap berbeza selepas menyifatkan pelumba Ducati itu “mustahil untuk ditewaskan” pada Grand Prix (GP) Jepun, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Martin yang bermula dari petak pertama memberikan saingan sengit kepada juara dunia itu selepas Aprilia mempamerkan peningkatan ketara di Litar Motegi berbanding musim lalu.

Pelumba Sepanyol itu cuba mengekalkan tekanan selepas kehilangan kedudukan pertama, namun secara beransur-ansur ketinggalan sebelum menamatkan perlumbaan di tempat kedua, 1.363 saat di belakang Marquez.

“Sepanjang hujung minggu ini, dia mempunyai sesuatu yang lebih berbanding saya.

“Bersama Marc, anda tidak boleh melakukan sebarang kesilapan sama ada ketika menunggang atau menguruskan perlumbaan kerana dia lebih kuat.

“Saya sudah melakukan yang terbaik dan cuba memberikan tekanan sehingga ke penghujung. Rentaknya sangat pantas, tetapi walaupun pada salah satu hari terbaik saya, adalah mustahil untuk menewaskannya,” katanya.

Kemenangan di Motegi menyaksikan Marquez meraih kemenangan GP keenamnya dalam sembilan perlumbaan, selain kemenangan berganda kelima musim ini.

Keputusan itu turut membolehkan Marquez merapatkan jurang kepada Martin kepada hanya dua mata dalam persaingan kejuaraan dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN