Ibu dakwa dua anak dibuli rakan, ditampar guru

Ibu dakwa dua anak dibuli rakan, ditampar guru

NOR Azwani Ahamad menunjukkan kesan kecederaan yang dialami anaknya yang didakwa dibuli di sekolah menengah agama di Chemor dalam sidang akhbar di Tanjung Rambutan, Ipoh, Perak semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang ibu mendakwa dua anaknya menjadi mangsa buli rakan dan kekerasan oleh guru di sebuah sekolah mene­ngah agama di Chemor di sini dalam dua kejadian pada Julai dan Ogos lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Nor Azwani Aha­mad, 43, dia telah membuat dua laporan polis mengenai kejadian itu dan berharap tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.

“Anak lelaki saya berumur 18 tahun yang berada di sebuah bilik di sekolah berkenaan ditampar sebanyak enam kali dibahagian pipi oleh seorang guru.

“Seterusnya, guru itu menarik kolar bajunya dan meng­genggam penumbuk dengan ugutan menumbuknya,” kata­nya dalam sidang akhbar di Tanjung Rambutan semalam.

Dia juga mendakwa selepas kejadian anaknya mengalami kesakitan di bahagian muka, pipi, mulut dan rahang.

“Anak saya juga mengadu rahangnya berbunyi apabila membuka mulut dan mengadu kesakitan,” katanya.

Jelasnya, seorang lagi anak lelakinya berumur 17 tahun juga didakwa dibuli di sekolah sama.

Nor Azwani mendakwa, anak­nya telah ditampar dua kali, ditumbuk di leher dan dua kali di muka sebelah kiri oleh rakan di asrama lelaki kerana dia enggan rambutnya digunting secara paksa.

Ujarnya, anaknya itu tidak mendapat sebarang rawatan hospital atau klinik oleh pihak sekolah dengan alasan kejadian berlaku pada waktu malam.

“Anak saya berasa takut dan tertekan kerana telah dipukul sehingga mengalami kecede­raan selain bimbang kejadian kembali berulang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisio­ner Muhammad Najib Hamzah mengesahkan menerima dua la­poran polis tentang kejadian tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN