Pembangunan Selatan Thai mesti seiring usaha selesai konflik

Pembangunan Selatan Thai mesti seiring usaha selesai konflik

WILAYAH selatan Thailand yang sering menjadi tumpuan pelancong Malaysia seperti Satun, Songkhla, Hatyai dan Krabi masih selamat untuk dikunjungi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO) tidak menolak sebarang bentuk pembangunan kepada penduduk Selatan Thai, demi kecemerlangan hidup ge­nerasi masa depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Presidennya, Kasturi Mahkota mengingatkan rakyat juga perlu memahami perbezaan an­tara ‘projek pembangunan’ dan ‘projek penyelesaian’ terhadap konflik yang berlarutan sejak lebih 22 tahun lalu.

“Kita tidak menolak pemba­ngunan. Rakyat berhak mendapat pendidikan, pekerjaan, ekonomi, kesihatan dan infrastruktur yang lebih baik.

“Tetapi kita perlu fahami pembangunan sahaja bukan penyelesaian kepada konflik yang berlaku di Selatan Thai,” kata­nya kepada Utusan Malaysia.

Kasturi berkata, projek pembangunan boleh membantu memperbaiki taraf kehidupan harian rakyat tetapi ia tidak dapat menyelesaikan konflik.

Katanya, projek pembangunan tidak dapat selesaikan konflik akar umbi yang antara lain melibatkan persoalan hak, identiti, keadilan, maruah, kuasa politik dan masa depan rakyat Patani.

“Jika pembangunan diterima sebagai pengganti kepada proses penyelesaian politik, kita (PULO) bimbang ‘projek pembangunan’ akan mengambil tempat atau melambatkan ‘projek penyelesaian’.

“Sebab itu, kedua-duanya perlu berjalan serentak, bukan salah satu menggantikan yang lain. Pembangunan adalah untuk rakyat, dialog untuk selesaikan konflik manakala penyelesaian politik untuk menjamin masa depan,” ujarnya.

Kasturi berkata, sebagai pe­juang, semua pihak mesti me­lihat bukan sahaja apa yang rakyat dapat hari ini, tetapi juga apa yang akan berlaku kepada generasi Patani pada masa akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN