Lambakan sampah selepas F1, cemar imej negara

Lambakan sampah selepas F1, cemar imej negara

SUASANA di sekitar Sepang International Circuit (SIC) yang tular di media sosial menunjukkan sampah bertaburan di kawasan tempat duduk serta ruang penonton selepas penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 di Sepang International Circuit (SIC) yang kembali selepas sembilan tahun dicemari lambakan sampah ditinggalkan penonton selepas perlumbaan berakhir semalam.

Gambar dan video suasana di sekitar litar yang tular di media sosial menunjukkan sampah bertaburan di kawasan tempat duduk serta ruang penonton.

Keadaan itu mengundang kecaman netizen yang menyifatkan tindakan segelintir penonton berkenaan sebagai tidak bertanggungjawab dan mencerminkan tahap kesedaran sivik yang masih rendah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebih mengecewakan, ada yang sanggup membelanjakan ratusan ringgit untuk mendapatkan tiket menyaksikan perlumbaan berprestij itu, namun gagal menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap kebersihan.

Lambakan sampah berkenaan turut dikhuatiri memberi gambaran kurang baik terhadap imej Malaysia sebagai tuan rumah acara sukan bertaraf antarabangsa.

Perlumbaan yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu itu dilaporkan menarik lebih 100,000 penonton sepanjang penganjurannya.

ADS:D

Kemeriahan acara bagaimanapun turut diwarnai kritikan terhadap pengurusan bas ulang-alik (shuttle bus) yang didakwa kelam-kabut, malah, ribuan pengunjung dilaporkan terkandas sehingga lewat malam akibat masalah pengangkutan keluar dari litar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN