Eksport minyak dari Asia Barat lepasi paras sebelum perang Iran - Utusan Malaysia

Eksport minyak dari Asia Barat lepasi paras sebelum perang Iran

GAMBAR fail beberapa kapal berlabuh di Selat Hormuz. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Eksport minyak dari Asia Barat, tidak termasuk Iran, melepasi paras sebelum perang, minggu lalu walaupun berlaku serangan terhadap kapal di Selat Hormuz, menurut data firma penjejakan maritim Kpler.

Buat kali pertama sejak Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada akhir Februari, purata mingguan penghantaran minyak meningkat selama beberapa hari melepasi purata sebelum konflik sebanyak 18 juta tong sehari.

Eksport minyak mentah kembali ke paras sebelum perang pada September, dengan sekurang-kurangnya 16.5 juta tong sehari dihantar keluar dari rantau itu, tidak termasuk Iran, kata Kpler.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebanyak 40 peratus kini melalui laluan yang mengelak Hormuz, manakala kebanyakan minyak mentah yang merentasi selat itu dipindahkan ke kapal tangki lain di luar pesisir,” kata Kpler, sambil menambah bahawa kebanyakan minyak berkenaan disalurkan melalui saluran paip Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Angka itu termasuk aliran melalui Laut Merah, laluan yang semakin banyak digunakan. Ia digunakan untuk mengelak sekatan yang cuba dikenakan Iran di Selat Hormuz. Ia merupakan laluan yang sebelum konflik menyaksikan kira-kira satu perlima bekalan petroleum dunia melaluinya.

Iran masih mendakwa mengawal selat itu dan kapal yang melaluinya tanpa kebenaran berdepan risiko diserang.

ADS:D

Namun, semakin banyak kapal berjaya keluar, manakala laluan alternatif untuk mengelak perairan itu beroperasi pada kapasiti penuh.

Walaupun eksport kembali meningkat, pakar-pakar menegaskan keadaan masih jauh daripada normal, manakala Iran terus kehilangan sebahagian besar eksportnya sendiri akibat sekatan balas AS terhadap pelabuhannya.

Arab Saudi mendapat manfaat daripada pengaktifan semula saluran paip Timur-Barat yang menghubungkan medan minyak utama kerajaan itu di timur dengan terminal Yanbu di Laut Merah, sekali gus membolehkan eksport mengelak melalui Selat Hormuz.

Saluran paip itu ditutup pada 11 September selepas terkena serangan dari Iraq, sebelum operasi disambung semula pada 22 September, kata penganalisis Kpler, Amena Bakr minggu lalu.

UAE  turut mengelak Selat Hormuz menerusi saluran paip yang menghubungkan medan minyak Abu Dhabi dengan Fujairah, sebuah terminal yang terletak di luar selat itu di Teluk Oman.

Pada pagi  Isnin, minyak mentah Brent Laut Utara bagi penghantaran Disember turun 0.79 peratus kepada AS$101.44 (RM415) setong.

Minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran November, pula susut 1.20 peratus kepada AS$90.02 (RM368)  setong. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN