Tunggakan hutang berlaku walaupun pinjaman distruktur semula

Tunggakan hutang berlaku walaupun pinjaman distruktur semula

JABATAN AUDIT NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengurusan pinjaman boleh dituntut oleh Kerajaan Persekutuan terus mencetuskan tanda tanya berhubung keberkesanan penguatkuasaannya apabila sejumlah RM578.32 juta tunggakan bayaran balik terpaksa dihapus kira sepanjang tahun 2025.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd. Radzi berkata, kutipan tunggakan Pinjaman Boleh Dituntut adalah rendah.

Beliau berkata, hanya sejumlah RM0.465 bilion atau lima peratus daripada RM9.273 bilion yang berjaya dikutip pada tahun lalu dimana penstrukturan semula pinjaman perlu dibuat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, tunggakan baharu masih berlaku walaupun pinjaman telah distruktur semula.

“Kerajaan Persekutuan juga telah menghapus kira sejumlah RM578.32 juta tunggakan bayaran balik yang terdiri daripada RM127.33 juta baki pokok belum selesai serta faedah dan faedah lewat berjumlah RM450.99 juta melibatkan 23 pinjaman pada tahun 2025,” katanya menerusi kenyataan media Laporan Ketua Audit Negara 2/20226.

Wan Suraya mengesyorkan Kementerian Kewangan (MoF) memperkukuh pemantauan dan penguatkuasaan, memperketat penilaian risiko serta menilai semula keberkesanan penstrukturan semula pinjaman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN