RSPEC perkasa polo, ekuestrian dekati masyarakat

RSPEC perkasa polo, ekuestrian dekati masyarakat

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj (tengah) merasmikan majlis makan malam gala diraja di Cyberjaya, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Kelab Polo & Ekuestrian Diraja Selangor (RSPEC) terus memperkasa sukan polo dan ekuestrian apabila menganjurkan Majlis Makan Malam Gala Diraja di Cyber Event Hall, di sini kelmarin.

Majlis bersempena sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor itu diserikan dengan keberangkatan tiba Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

Turut berangkat Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, selain Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah serta Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis turut dihadiri Presiden RSPEC, Engku Maharaja Lela Setia Paduka Datuk’ Syed Budriz Putra Jamalullail bersama Ahli Jawatankuasa RSPEC serta tetamu jemputan khas.

Antara acara kemuncak ialah penyampaian Polo Lifetime Achievement Award sebagai penghargaan terhadap individu yang memberikan sumbangan besar dalam pembangunan sukan polo.

RSPEC turut menyampaikan penghargaan kepada penaja dan penderma yang menyokong penubuhan serta pembangunan kelab, selain menghargai komitmen barisan jawatankuasa yang menjayakan majlis berkenaan. – UTUSAN

KAPSYEN

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj (tengah) merasmikan majlis makan malam gala diraja di Cyberjaya, kelmarin.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN