Polis sudah ambil keterangan dua beradik cedera ditikam

Polis sudah ambil keterangan dua beradik cedera ditikam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keterangan dua beradik yang ditikam oleh seorang lelaki warga asing di Taman Sri Bintang, Kepong, pada 29 September lalu diambil hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, polis sudah merakam keterangan lima saksi terdiri daripada empat anggota polis dan seorang rakan suspek.

“Keterangan daripada mangsa, ahli keluarga serta suspek akan dirakam hari ini,” katanya dalam kenyataan pada di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelasnya, suspek direman bermula 30 September hingga 7 Oktober bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.04 pagi 29 September lalu, polis menerima panggilan memaklumkan mengenai seorang lelaki dipercayai memecah masuk sebuah rumah di kawasan berkenaan.

Polis yang tiba di lokasi mendapati terdapat kesan kebakaran di bahagian luar rumah sebelum menemui dua mangsa yang juga adik-beradik dalam keadaan cedera dan bersembunyi di dalam tandas di tingkat bawah.

Susulan itu, suspek yang berada di bahagian tingkat atas rumah itu ditemukan bersama sebilah pisau sebelum ditahan untuk siasatan.

Kedua-dua mangsa serta suspek yang mengalami kecederaan akibat tikaman kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN