Kontinjen Malaysia di Sukan Asia 2026 cemerlang

Kontinjen Malaysia di Sukan Asia 2026 cemerlang

Mohd Sumali Reduan (dua dari kanan) bersama atlet padel negara, Cristian Didier dan Aidan Yunus.-IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Kontinjen Malaysia (CDM), Datuk Mohd Sumali Reduan menyifatkan barisan atlet dan juga mereka yang terlibat dalam menggalas misi Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 membanggakan.

Tegasnya, pencapaian kali ini amat membanggakan selepas atlet negara menunjukkan semangat juang, disiplin dan keberanian untuk bersaing dengan atlet terbaik Asia.

Menurutnya, sasaran yang ditetapkan telah berjaya dicapai, selain beberapa sukan turut mencetuskan kejutan positif yang membuktikan kemampuan atlet Malaysia untuk bersaing di peringkat tertinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Secara keseluruhannya, saya melihat pencapaian kontinjen Malaysia di Sukan Asia kali ini amat membanggakan.

“Atlet-atlet kita telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin serta keberanian untuk bersaing dengan atlet terbaik Asia.

“Apa yang paling menggembirakan ialah kita berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan, malah beberapa sukan turut memberikan pencapaian dan kejutan yang cukup positif,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi, semalam.

Sumali berkata, kejayaan itu membuktikan persediaan rapi menerusi program latihan yang sistematik serta kerjasama semua pihak mampu menghasilkan pencapaian positif di pentas Asia.

Beliau turut melihat kejayaan padel, e-sukan dan karate sebagai antara contoh sukan yang berjaya mencipta kejutan, sekali gus membuka ruang kepada cabang lain untuk tampil sebagai penyumbang kepada kontinjen negara.

“Ini menunjukkan bahawa apabila persediaan dilakukan dengan baik, disokong oleh program latihan yang sistematik serta kerjasama semua pihak, atlet Malaysia mampu bersaing di peringkat tertinggi.

“Sebagai contoh sukan padel, e-sukan, karate telah berjaya membuat kejutan dan tidak mustahil bagi sukan-sukan yang lain,” ujarnya.

Sumali turut mengingatkan pencapaian di Aichi-Nagoya tidak boleh dijadikan alasan untuk Malaysia berpuas hati kerana masih banyak ruang yang perlu diperbaiki sebelum melangkah ke temasya lebih besar.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN