Niat beramal, bukan jadi juara - Zila Bakarin - Utusan Malaysia

Niat beramal, bukan jadi juara – Zila Bakarin

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Tak mungkin saya jadi juara.”

Itu pandangan pelakon, Zila Bakarin mengenai kejuaraan pertandingan Kilauan Emas Selebriti yang dijangka mungkin menjadi miliknya.

Zila memaklumkan dia mungkin bukan pilihan untuk menjadi juara sementelah menerima saingan cukup sengit daripada peserta yang lebih berpotensi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anda sendiri nampak siapa berpotensi menjadi juara Kilauan Emas Selebriti. Saya bersyukur kerana sudah sampai separuh akhir, Alhamdulillah.

“Saya berpegang kepada niat asal iaitu masuk pertandingan untuk melakukan amal kebajikan.

“Tak terfikir untuk menjadi juara,” katanya yang ditemui selepas konsert semi final Kilauan Emas baru-baru ini.

Kata Zila, pada awalnya dia berniat untuk menyedekahkan tiket mengerjakan umrah yang dimenangi jika benar-benar menjadi juara pertandingan itu.

Namun, hasrat itu dibatalkannya kerana tiket umrah tidak menjadi salah satu hadiah yang ditawarkan.

“Saya berniat, kalau saya menang tiket mengerjakan umrah, saya akan sedekahkan tiket tersebut.

“Tapi bila diberitahu yang tiket umrah itu bukan menjadi hadiah yang ditawarkan, jadi saya terpaksa membatalkan niat tersebut,” kongsinya.

Dalam masa yang sama, Zila meluahkan rasa syukur apabila penampilannya yang bertutup litup sepanjang mengikuti program tersebut terpelihara.

“Saya masuk pertandingan ini dalam keadaan bertutup litup. Soal aurat sekarang ini saya sangat menjaga.

“Malah setiap persembahan saya cukup teliti soal pakaian saya. Tidak berlebih-lebih.

“Saya fikir, anak-anak saya, masyarakat menonton program ini. Jadi banyak perkara yang saya kena jaga.

“Alhamdulillah sehingga ke semi final, belum ada sebarang komen negatif untuk saya. Alhamdulillah, itu yang saya mahukan,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN