UMNO terbuka Pas guna logo BN, tetapi bukan semua pihak - Khaled Nordin - Utusan Malaysia

UMNO terbuka Pas guna logo BN, tetapi bukan semua pihak – Khaled Nordin

Mohamed Khaled Nordin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: UMNO mengalu-alukan kesediaan Pas untuk bertanding menggunakan logo Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya Perikatan Nasional (PN) kekal digantung.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata, perkara itu tidak terpakai kepada mana-mana parti politik, sebaliknya terdapat tapisan yang perlu dibuat.

“Katakanlah mana-mana pihak bersedia untuk bertanding menggunakan logo BN, sangat-sangat kita alu-alukan. Tetapi haruslah bersandarkan kepada keputusan-keputusan pokok.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika itu yang Pas kehendak, kita bersedia untuk berbincang. Tetapi buat waktu ini masih belum ada sebarang pertemuan, Pas cakap dekat ‘press’, jadi saya pun cakap balik kepada ‘press’ juga,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Asrama Anak-Anak Yatim Islam Kota Tinggi, di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, kerjasama Pas dan UMNO bagi menghadapi PRN Melaka semakin hampir direalisasikan apabila rundingan pembahagian kerusi antara kedua-dua parti itu mencapai 90 peratus.

Menurut beliau, Pas juga dimaklumkan telah bersedia menggunakan logo BN dalam pilihan raya tersebut jika langkah itu mampu membawa kepada kata putus kerjasama kedua-dua pihak.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada keterbukaan penggunaan logo BN itu turut terpakai kepada parti-parti komponen PN lain seperti Parti Wawasan Negara, Mohamed Khaled enggan memberikan sebarang pengesahan.

“Siapa nak datang rumah kita, orang yang kita sukalah. Bukan semua orang,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN