RUU Khairat perlu disegerakan, jamin ketelusan urusan dana awam

RUU Khairat perlu disegerakan, jamin ketelusan urusan dana awam

LAPORAN Utusan Malaysia, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Khairat perlu dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan pengurusan dana sumbangan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lebih telus dan berakauntabiliti.

Pengarah Eksekutif Strategik (Perhubungan Awam) Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhd. Haikal Luqman Zulkefli berkata, gerakan sivil, NGO serta pertubuhan bukan berkeuntungan sememangnya memerlukan satu akta khusus bagi mengawal selia urusan kutipan dana daripada orang ramai.

Katanya, kewujudan akta berkenaan dapat memastikan aspek ketelusan dan akauntabiliti dipatuhi dalam setiap urusan berkaitan kutipan serta pengurusan dana.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di peringkat CGM, kami sangat bersetuju dan berharap pelaksanaan RUU ini dapat dijalankan secepat mungkin.

“Kami mahu memastikan bukan sahaja CGM tetapi semua NGO yang ada di Malaysia juga dapat mematuhi segala perkara berkaitan akauntabiliti dan ketelusan dalam pengurusan dana,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kelmarin, media melaporkan, dana sumbangan orang ramai kepada organisasi kebajikan bakal dipantau apabila kerajaan bersetuju untuk melaksanakan kajian bagi merangka draf RUU Khairat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan ber­kata, langkah berkenaan penting bagi memastikan setiap dana yang diamanahkan diuruskan secara telus.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN