Sukan Asia: Skuasy berpasukan lelaki turut sumbang emas

Sukan Asia: Skuasy berpasukan lelaki turut sumbang emas

PASUKAN Skuasy lelaki berpasukan berjaya meraih pingat emas di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan skuasy lelaki negara turut tidak menghampakan apabila menewaskan Pakistan 2-0 dalam aksi final acara berpasukan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Nagoya Kinjo-Futo Arena, semalam.

Malaysia bermula cemerlang menerusi C. Ameeshenraj yang bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menundukkan Nasir Iqbal 8-11, 11-3, 11-6, 11-4 dalam tempoh 31 minit sekali gus menghadiahkan mata pertama buat negara.

Pemain No. 1 negara, Ng Eain Yow kemudian melengkapkan kemenangan Malaysia, namun terpaksa bekerja keras selama 46 minit sebelum menewaskan Noor Zaman dalam pertarungan lima set yang berakhir dengan keputusan 11-8, 6-11, 7-11, 11-4, 11-5.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejayaan itu mengesahkan pingat emas acara berpasukan lelaki menjadi milik Malaysia sekali gus melengkapkan hari gemilang skuasy negara di Aichi-Nagoya.

Lebih membanggakan, skuasy kini telah menyumbang empat pingat emas kepada kontinjen Malaysia pada temasya kali ini selepas Ng Eain Yow dan S. Sivasangari terlebih dahulu muncul juara dalam acara perseorangan lelaki dan wanita.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN