Seoul Garden perluas pengalaman gril, hotpot ala Korea ke Kota Bharu

Seoul Garden perluas pengalaman gril, hotpot ala Korea ke Kota Bharu

NICHOLAS Nyeow (kiri) bergambar dengan kakitangan selepas Majlis Perasmian Cawangan Baharu Seoul Garden di Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seoul Garden memperluaskan pengalaman menjamu selera ala Korea yang dijamin halal, melalui pembukaan rasmi cawangan terbaharunya di Pusat Perniagaan Lembah Sireh, di sini semalam.

Pengurus Besar Seoul Garden, Nicholas Nyeow berkata, cawangan terbaharu rangkaian jenama gril dan hotpot Korea-Asia yang terkenal di peringkat antarabangsa itu menawarkan ruangan luas, selesa serta bersesuian untuk aktiviti bersama keluarga, rakan, sambutan dan jamuan makan berkumpulan.

Katanya, ia turut menawarkan hidangan istimewa dengan kombinasi gril dan hotpot ala Korea, serta kepelbagaian pilihan daging perapan, makanan laut dan lauk-pauk segar, selain seleksi sup dan pencicah istimewa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cawangan baharu Seoul Garden menampilkan ciri-ciri moden dan suasana ruang makan yang luas dan selesa, dilengkapi meja gril tanpa asap individu.

“Pembukaan cawangan baharu ini bukan sekadar memperluaskan jenama Seoul Garden, malah menawarkan akses lebih meluas kepada pengalaman gril dan hotpot ala Korea di Kota Bharu dan kawasan sekitarnya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Cawangan Baharu Seoul Garden di Lembah Sireh, di sini.

SENARAI pakej yang ditawarkan oleh Seoul Garden di Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan, semalam. – UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN

Pelanggan diberikan dua kategori hidangan, iaitu buffet gril dan hotpot biasa, bermula dari harga serendah RM59.90 untuk dewasa dan RM49.90 untuk pelajar dan warga emas atau hidangan superior dengan seleksi lauk-pauk tanpa had dengan kadar harga RM79.90 (dewasa) dan RM68.90 (pelajar/warga emas).

Seoul Garden cawangan Lembah Sireh beroperasi dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari dan untuk tempahan atau sebarang pertanyaan bagi sebarang acara, pelanggan boleh menghubungi talian 017-9706749 atau membuat tempahan meja di halaman web https://reserve.oddle.me/en_MY/seoulgardenkelantan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×