Breuillard ungguli Peringkat 5 LTdL26

Breuillard ungguli Peringkat 5 LTdL26

Nicolas Breuillard menerima sorakan padu daripada peminat yang hadir menyaksikan perlumbaan Peringkat 5 Le Tour de Langkawi 2026 (LTdL26), hari ini. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENTING HIGHLANDS: Nicolas Breuillard bangkit daripada kemelut kesihatan untuk mencipta kejutan di Genting Highlands apabila pelumba TotalEnergies itu menjuarai Peringkat 5 Le Tour de Langkawi 2026 (LTdL26) dari Tapah, hari ini.

Breuillard, 26, merekodkan masa 3 jam 11 minit 26 saat (s) untuk mengatasi Josh Burnett dari Burgos-Burpellet-BH dengan kelebihan lapan saat, manakala pendahulu klasifikasi keseluruhan (GC), Lennart Jasch dari Tudor Pro Cycling Team, menamatkan saingan di tempat ketiga, 21s di belakang.

Kemenangan dalam perlumbaan sejauh 125.7 kilometer (km) itu hadir selepas Breuillard melalui detik sukar pada awal LTdL26 apabila masalah kesihatan menyebabkan keyakinannya untuk memburu kejayaan terjejas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya datang ke sini untuk GC dan pasukan percaya kepada saya, tetapi saya jatuh sakit pada hari pertama di Malaysia. Selepas itu keadaan menjadi agak rumit.

“Rakan sepasukan saya lebih percaya kepada saya berbanding diri saya sendiri,” katanya.

Berikut adalah keputusan bagi peringkat 5 LTdL26:

Tapah-Genting Highlands 125.7km

10 Pelumba Terbaik

1. Nicolas Breuillard, TotalEnergies – 3:11:26s
2. Josh Burnett, Burgos-Burpellet-BH – +0:08s
3. Lennart Jasch, Tudor Pro Cycling Team – +0:21s
4. Jan Castellon Ribalt, Caja Rural-Seguros RGA – +0:21s
5. Jose Manuel Diaz Gallego, Burgos-Burpellet-BH – +0:23s
6. Abel Balderstone Roumens, Caja Rural-Seguros RGA – +0:23s
7. Jorge Gutierrez Gonzalez, Equipo Kern Pharma – +0:31s
8. Eivind Broholt Fougner, Unibet Rose Rockets – +0:38s
9. Mathias Bregnhøj, Terengganu Cycling Team – +1:29s
10. Julen Arriola-Bengoa Beitia – +1.43s

Jersi Jingga (Pendahulu Keseluruhan):

1. Lennart Jasch, Tudor Pro Cycling Team – 18:56:33s
2. Abel Balderstone Roumens, Caja Rural-Seguros RGA – +0:26s
3. Jan Castellon Ribalt, Caja Rural-Seguros RGA – +0:42s

Jersi Biru (Raja Pecut)

1. Matteo Malucelli, Astana – 32 mata
2. Riley Pickrell, Modern Adventure Pro Cycling – 24 mata
3. Ronan Auge, Unibet Rose Rockets – 14 mata

Jersi Polka Dot (Raja Bukit)

1. Lennart Jasch, Tudor Pro Cycling Team – 35 mata
2. Petr Rikunov, Wheeltop Rotor Chengdu Team – 29 mata
3. Nicolas Breuillard, TotalEnergies – 25 mata

Jersi Putih (Pelumba Asia Terbaik):

1. Yuhi Todome, Aisan Racing Team – 19:05:54s
2. Tsen Ren Bao, St George Continental Cycling Team – +3:44s
3. Tsen Ren Han, skuad kebangsaan – +5:25s

Pasukan Terbaik Asia

1. Nusantara Cycling Team – 9:54:11s
2. Malaysia Pro Cycling – 10:02:26s
3. Wheeltop Rotor Chengdu Team – 10:03:08s

Pelumba Terbaik Malaysia Peringkat 5

1. Tsen Ren Han, skuad kebangsaan – 3:16:58s

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×