Kami belum bertunang - Fazley Yaacob

Kami belum bertunang – Fazley Yaacob

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menafikan dakwaan beliau telah bertunang dengan usahawan sensasi, Datuk  Hasmiza Othman atau Datuk Vida.

Katanya, mereka masih mengenal hati budi masing-masing dan dakwaan tersebut hanya sekadar gurauan pasukan kandungan media sosial Datuk Vida.

“Kami belum bertunang Saya rasa Vida punya pasukan kandungan yang bergurau dengan netizen.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami masih dalam proses mengenali hati budi masing- masing,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Terdahulu dakwaan Fazley telah mengingat pertunangan bersama Usahawan tersebut tular di media sosial.

Fazley memaklumkan bagaimanapun mereka merancang ke fasa yang lebih serius  dan mengharapkan doa dari netizen.

“Sudah tentu kami dalam perancangan untuk ke fasa yang lebih serius. Doakan kami berdua,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×