Kisah silam dikorek kembali, Meerqeen malas layan perkara remeh - Utusan Malaysia

Kisah silam dikorek kembali, Meerqeen malas layan perkara remeh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Meerqeen, berpendapat dia tidak memiliki kuasa untuk mengawal tindakan segelintir netizen yang gemar menggali semula ‘jejak digital’ ataun kisah aib lama seseorang artis.

Bagi Meerqeen atau Muhammad Meerqeen Shauqeen Shaiful Izam, 25,  perkara itu ibarat sudah menjadi lumrah seorang anak seni namun memilih untuk tidak terlalu memikirkannya.

“Risau itu tidak, sebab saya rasa apa-apa cerita pun orang akan tetap bercakap. Saya cuma perlu lebih berhati-hati. Kalau boleh, saya tidak mahu perkara sebegini mengganggu fokus saya dalam lakonan atau ‘mencacatkan’ perjalanan naskhah yang sedang dipromosikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya pernah baca satu ungkapan iaitu apabila orang mula bercakap tentang anda, itu bermakna anda sudah sampai ke satu tahap pencapaian yang kukuh dalam kerjaya. Ia adalah realiti,” katanya ketika ditemui semasa sesi bersama media drama The Hidden Hand, di sini, baru-baru ini.

Pelakon Melur Untuk Firdaus itu juga memberi bayangan bahawa situasi yang berlaku kepadanya sama seperti apa yang berlaku dalam dunia sukan bola sepak dunia.

“Kita hidup di zaman media sosial memang susah nak abaikan atau padamkan begitu sahaja.

“Cristiano Ronaldo pun orang masih bercakap tentang zamannya di Manchester United sehingga sekarang. Jadi, perkara sebegini akan sentiasa ada,” katanya.

Dalam pada itu, tegas Meerqeen, dia memilih mengambil pendekatan untuk bangkit semula selepas trauma apabila kisah silamnya dibincangkan secara terbuka di media sosial.

“Perkara ini memang sudah ada di media sosial bukan salah diri sendiri atau orang yang mencari juga. Apa yang penting ialah kita bangkit semula selepas melalui fasa trauma dan kecaman dalam kerjaya kita.

“Saya malas layan kecaman, tahun ini saya mahu fokus kepada kerjaya, keluarga dan perniagaan. Saya sekarang sudah 25 tahun malas layan perkara remeh.

“Saya besarkan peluang mahu jaga adik-adik dan jaga keluarga saya. Saya nak berikan masa depan terbaik untuk keluarga dan saya kena bersedia,” katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila warganet mula berkongsi kembali kisah silam artis Malaysia yang pernah terlibat dengan skandal membabitkan seorang pempengaruh wanita dari Singapura.

Selain Amir Ahnaf dan Niezam Zaidi, Meerqeen juga menjadi nama yang terheret dalam perbincangan berkenaan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×