Tindakan Segera Diperlukan untuk Mengatasi Kebakaran Asia Tenggara dan Jerebu Rentas Sempadan - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Tindakan Segera Diperlukan untuk Mengatasi Kebakaran Asia Tenggara dan Jerebu Rentas Sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 September 2026/PRNewswire/ — Sekretariat Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Lestari (RSPO) sangat prihatin dan dengan kebakaran teruk yang melanda sebahagian wilayah Indonesia dan kesan buruknya terhadap masyarakat tempatan, kesihatan awam, hidupan liar dan mata pencarian. Kami berkongsi kebimbangan mendalam dan keprihatinan yang dirasai di seluruh rantau ini.

Pasukan kami bekerja sepanjang masa, menggunakan Hub Hotspot dan sistem amaran FireWatch berasaskan satelit kami yang disokong oleh penyelarasan langsung di lapangan, untuk mengesan hotspot, mengesahkan insiden kebakaran di dalam dan sekitar konsesi yang diperakui, dan menyokong ahli yang terjejas.

Kami sedar bahawa beberapa ahli RSPO sedang menghadapi cabaran besar di lapangan. Keutamaan segera mereka adalah melindungi nyawa, membendung kebakaran, membantu komuniti, dan bekerjasama dengan pihak berkuasa perhutanan tempatan, organisasi penyelamat hidupan liar, dan NGO untuk melindungi kawasan yang terdedah, termasuk habitat orang utan dan kawasan pemuliharaan. Sekretariat terlibat secara aktif dengan ahli yang terjejas untuk menentukan punca kebakaran dan akan menentukan tindakan yang perlu diambil selaras dengan Piawaian RSPO kami sebaik sahaja laporan terperinci tersedia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Piawaian RSPO melarang keras penggunaan api untuk pembersihan atau penyediaan tanah. Pendekatan kami direka untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam pencegahan dan pengurusan kebakaran hutan, kebakaran terbuka dan penggunaan api untuk kawalan perosak. Kebakaran boleh berlaku atas pelbagai sebab, termasuk faktor semula jadi dan aktiviti manusia. Ladang yang diperakui RSPO mengekalkan protokol pengurusan kebakaran yang ketat dan mempunyai langkah-langkah untuk mencegah dan bertindak balas terhadap risiko dan insiden kebakaran di dalam dan sekitar ladang mereka. Ahli RSPO dijangka bertindak balas terhadap kebakaran yang berlaku dalam jarak kira-kira dua kilometer dari sempadan konsesi mereka, tetapi sering bertindak balas di luar jarak ini untuk menyokong komuniti jiran.

Piawaian RSPO juga mewajibkan Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan kesihatan dan keselamatan yang memerlukan ahli memantau tahap kualiti udara dan menyesuaikan kerja lapangan, menghentikan kerja berat, dan menyediakan peralatan perlindungan pernafasan apabila tahap pencemaran udara meningkat.

Ahli RSPO di seluruh duniatelah memantau keadaan kebakaran semasa dengan penuh kebimbangan. Kami menggesa Ahli RSPO yang terjejas untuk meneruskan usaha pengawasan, rondaan dan pemantauan serta pelaporan mereka dengan tekun sambil menyokong pekerja, komuniti tempatan dan usaha pemuliharaan yang terjejas akibat kebakaran dan jerebu.

Dengan cuaca kering yang teruk dan keadaan El Niño yang semakin meningkat diramalkan akan berterusan, pengurusan krisis ini memerlukan tindakan yang terancang pada skala besar. RSPO menyeru komitmen bersama merentasi semua sektor yang berkaitan, kerjasama rentas sempadan yang telus, dan tumpuan berterusan tindakan awal.

Kami juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sukarelawan, petugas bantuan kecemasan, dan organisasi yang bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk melindungi komuniti dan hidupan liar dalam keadaan yang amat mencabar.

Perihal RSPO:

Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) ialah perkongsian global yang berusaha menjadikan minyak sawit mampan. Ditubuhkan pada 2004, RSPO ialah pertubuhan bukan untung berbilang pihak berkepentingan yang menyatukan ahli daripada seluruh rantaian nilai minyak sawit, termasuk pengeluar kelapa sawit, pemproses dan pedagang minyak sawit, pengeluar barangan pengguna, peruncit, bank dan pelabur, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan alam sekitar atau pemuliharaan alam semula jadi, serta NGO sosial atau pembangunan.

Sebagai perkongsian untuk kemajuan dan impak positif, RSPO memudahkan perubahan global bagi memastikan pengeluaran dan penggunaan minyak sawit dilaksanakan secara mampan. Untuk mengilhamkan perubahan, kami menyampaikan manfaat alam sekitar dan sosial. Untuk mencapai kemajuan, kami memangkin kerjasama. Untuk memberikan jaminan, kami menetapkan piawaian pensijilan.

RSPO didaftarkan sebagai persatuan antarabangsa di Zurich, Switzerland, dengan pejabat utama di Malaysia dan Indonesia serta pejabat di China, Colombia, Belanda, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/5059094_MS59094_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI