Abiejam nasihat Zila Bakarin jaga pertuturan dan mulut - Utusan Malaysia

Abiejam nasihat Zila Bakarin jaga pertuturan dan mulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Komen pelakon dan penyanyi,  Zila Bakarin terhadap perkongsian usahawan dan pempengaruh media sosial, Abiejam berhubung perbelanjaan RM12,000 untuk membeli mainan squishy buat kanak-kanak mengundang rasa kesal lelaki itu.

Abiejam atau nama sebenarnya Mohd Khairul Nizam Wahiddin mendakwa komen Zila pada perkongsian berkenaan seolah-olah membuka ruang kepada netizen untuk mengecamnya.

Menurut Abiejam, dia tidak menyangka perkongsian yang dibuat dengan niat menggembirakan kanak-kanak dan pada masa sama menyokong peniaga itu akhirnya mengundang pelbagai reaksi negatif.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tak bodoh, tak bijak. Tengok komen ini. Zila Bakarin Official atau Godzilla, dia komen pada hantaran Abiejam yang RM12,000 aku habiskan untuk bagi anak-anak, ‘Ini sebenarnya bodoh ke pandai?’

“Kak juga seorang ibu, jadi sepatutnya tahu anak-anak ini suka apa. Kenapa kak komen macam itu? Kak suka ya nak bagi saya kena kutuk dengan netizen, komen kak itu memang mengundang kecaman,” katanya.

Bagaimanapun, Abiejam meminta Zila supaya lebih berhati-hati dalam setiap tutur kata dan perbuatan, lebih-lebih lagi selepas pelakon berkenaan memilih untuk berhijrah.

Katanya, teguran tersebut bukan bertujuan mencetuskan pergaduhan, sebaliknya mahu menjelaskan salah faham yang timbul susulan perkongsian berkenaan.

“Tolonglah, kak itu sudah bertudung. Sebelum ini akak pernah cakap, saya pernah dengar kenyataan kak mengatakan orang yang mahu berubah jangan dipaksa, biarkan dia berubah sendiri.

“Jadi kak pun sudah berubah, alhamdulillah. Tetapi sekadar menutup kepala itu tidak cukup. Kak kena jaga pertuturan dan mulut juga,” katanya.

Dalam pada itu, Abiejam turut memohon maaf sekiranya tegurannya itu menimbulkan rasa kurang senang kepada Zila.

Menurutnya, selepas komen pelakon berkenaan ditinggalkan, dia menerima pelbagai komen negatif daripada netizen.

“Banyak sangat komen negatif ini, kak. Minta maaf sangat sebab saya yang macam ini pun saya boleh bantu orang sebab nak bagi anak-anak gembira,” ujarnya.

Pada masa sama, Abiejam menjelaskan, wang RM12,000 yang dibelanjakan untuk membeli mainan berkenaan bukan semata-mata bagi menggembirakan kanak-kanak, malah sebagai sokongan kepada peniaga yang menjual produk tersebut.

“Saya buat benda ini, RM12,000 yang saya keluarkan itu, untuk beri sokongan kepada peniaga juga. Ramai peniaga gembira sebab saya beli dengan mereka.

“Yang kedua, saya buat ini demi anak-anak sebab saya tahu ramai ibu di luar sana sebenarnya tidak mampu nak berikan anak-anak mereka mainan squishy ini,” katanya.

Usahawan itu turut menjelaskan keputusan membeli mainan berkenaan dibuat selepas melihat ramai kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan tidak berpeluang memilikinya.

Terdahulu, Abiejam mencuri perhatian selepas memuat naik video di TikTok apabila sanggup membeli dan memberikan mainan squishy secara percuma kepada orang ramai, dengan nilai keseluruhan mencecah RM12,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini