Malaysia, Qatar mahu perang di Asia Barat dihentikan

Malaysia, Qatar mahu perang di Asia Barat dihentikan

ANWAR Ibrahim mengadakan perbualan telefon dengan Amir Negara Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani petang ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Amir Negara Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani senada bahawa perang di Asia Barat mesti dihentikan, selain bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza perlu disegerakan.

Anwar berkata, perkara itu antara yang dibincangkan dalam perbualan telefon bersama Sheikh Tamim petang ini, selain perkembangan terkini rundingan damai dan pergolakan di Asia Barat.

“Kami turut membincangkan perkembangan terkini rundingan damai dan pergolakan di Asia Barat khususnya penderitaan rakyat Palestin di Gaza serta usaha meredakan ketegangan yang melibatkan Iran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami senada bahawa perang mesti dihentikan, bantuan kemanusiaan disegerakan dan segala ikhtiar damai diperkukuh demi menghentikan penderitaan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri berkata, Malaysia akan terus mendukung usaha diplomatik bersama Qatar dan rakan serantau bagi menjamin keamanan yang berkekalan.

Dalam perbualan itu, Anwar turut menzahirkan penghargaan atas ingatan dan ucapan takziah Sheikh Tamim susulan pemergian abangnya, Almarhum Idrus Ibrahim.

“Baginda juga memohon agar saya sampaikan salam takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian Almarhumah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali,” katanya.

Anwar turut menzahirkan harapan agar hubungan erat Malaysia-Qatar terus berkembang khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

“Saya merakamkan penghargaan atas undangan Sheikha Moza kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk menghadiri Sidang Kemuncak Inovasi Dunia untuk Kesihatan (WISH),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×