Izzah hadiah gangsa acara keirin wanita

Izzah hadiah gangsa acara keirin wanita

IZZAH mencatat masa 10.952 saat dalam pecutan terakhir untuk meraih gangsa, ketinggalan 0.081 saat di belakang pemenang emas, Yuan Liying dari China.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ratu berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menghadiahkan pingat gangsa buat Malaysia selepas menamatkan saingan acara Keirin wanita Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di tempat ketiga, hari ini.

Izzah mencatat masa 10.952 saat dalam pecutan terakhir untuk meraih gangsa, ketinggalan 0.081 saat di belakang pemenang emas, Yuan Liying dari China.

Satu lagi pelumba China, Wang Lijuan, meraih perak selepas mencatat 10.912 saat, manakala pelumba tuan rumah, Nakazawa Haruka, menduduki tempat keempat dengan 11.157 saat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Izzah bermula dengan rentak kompetitif sebelum memanfaatkan pecutan akhir untuk memastikan dirinya berada dalam kelompok tiga terbaik.

Rakan senegara, Nur Alyssa Mohd Farid, bagaimanapun menamatkan saingan di tempat kelima dengan catatan 11.496 saat.

Kejayaan itu turut menyaksikan Malaysia menambah satu lagi pingat apabila sebelum ini menghadiahkan pingat perak dalam acara pecut berpasukan wanita pada temasya kali ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×