F1: Penumpang KLIA dinasihat tiba lebih awal - Utusan Malaysia

F1: Penumpang KLIA dinasihat tiba lebih awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penumpang yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari 2 hingga 4 Oktober ini dinasihatkan memperuntukkan masa perjalanan tambahan susulan jangkaan kesesakan lalu lintas di sekitar lapangan terbang.

Malaysia Airlines berkata, keadaan itu dijangka berlaku di kawasan sekitar dan laluan menuju KLIA berikutan penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

“Akses ke KLIA kekal tersedia namun penumpang dinasihatkan memantau perkembangan terkini berkaitan trafik dan penutupan jalan menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penumpang dinasihatkan merancang laluan alternatif jika perlu dan turut digalakkan mempertimbangkan perkhidmatan kereta api KLIA Ekspres untuk ke lapangan terbang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Malaysia Airlines menasihatkan penumpang penerbangan antarabangsa supaya tiba di KLIA sekurang-kurangnya tiga jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.

Bagi penerbangan domestik pula, penumpang dinasihatkan tiba sekurang-kurangnya dua jam sebelum waktu berlepas bagi memastikan proses daftar masuk dan perjalanan berjalan lancar.

“Kaunter daftar masuk ditutup 60 minit sebelum waktu berlepas yang dijadualkan bagi penerbangan domestik dan antarabangsa.

“Malaysia Airlines turut menghargai kefahaman dan kerjasama penumpang sepanjang tempoh berkenaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×