QE 5.0 bantu 150 firma jimat RM300 juta

QE 5.0 bantu 150 firma jimat RM300 juta

ANTARA pembentang yang hadir membentangkan Pembentangan projek Amalan Terbaik Syarikat, Proof of Concept (PoC) pada majlis QE 5.0 Showcase 2026 Driving Quality, Sustaining Environment, Advancing Malaysia di Menara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 150 firma berjaya mencatat anggaran penjimatan keseluruhan RM300 juta menerusi 820 projek percubaan atau Proof of Concept (POC) melalui program Quality Environment 5.0 (QE 5.0).

Pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Kamaruzzaman Johari berkata, pencapaian itu membuktikan penggunaan teknologi, data dan kaedah kerja cekap menerusi program QE 5.0 mampu mengurangkan pembaziran kos, masa dan sumber.

Menurutnya, pelaksanaan projek berkenaan turut meningkatkan pulangan hasil antara 20 hingga 40 peratus dan kecekapan operasi antara 20 hingga 30 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada masa sama, produktiviti firma meningkat antara 10 hingga 20 peratus, manakala kos operasi berjaya dikurangkan menerusi penyelesaian yang dibangunkan dalam program tersebut.

“Nilai QE 5.0 bukan hanya diukur melalui jumlah penjimatan, sebaliknya turut melibatkan perubahan cara berfikir, bekerja dan budaya organisasi.

“Organisasi perlu melihat teknologi, data, modal insan, proses dan tadbir urus secara bersepadu bagi menghasilkan nilai lebih tinggi serta penggunaan sumber cekap,” katanya sewaktu berucap pada majlis QE 5.0 Showcase 2026, Driving Quality, Sustaining Environment, Advancing Malaysia di Menara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 20 POC terbaik diketengahkan menerusi QE 5.0 Showcase 2026, turut melibatkan penyelesaian terhadap masalah sebenar yang berlaku di tempat kerja.

Katanya, POC yang terbukti berkesan tidak seharusnya terhenti pada tahap pembuktian konsep, sebaliknya perlu diperluas dan diterapkan dalam operasi sebenar.

“Amalan terbaik juga perlu dikongsi dan direplikasi firma lain supaya manfaat penyelesaian produktiviti tidak terhad kepada satu organisasi sahaja.

“Selain itu, QE 5.0 turut menyokong Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dengan membantu firma meningkatkan produktiviti, penggunaan teknologi dan operasi lebih mampan.

“MPC akan terus bekerjasama dengan pihak industri untuk menguji idea, mengukur hasil dan memperluas penyelesaian berkesan bagi meningkatkan produktiviti firma, pekerja dan ekonomi negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×