Adegan berulang untuk tunjukkan betapa peritnya mental pesakit Kecelaruan Identiti Disosiatif (DID) - Ekien Zainal - Utusan Malaysia

Adegan berulang untuk tunjukkan betapa peritnya mental pesakit Kecelaruan Identiti Disosiatif (DID) – Ekien Zainal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah, Ekien Zainal, mendedahkan penggunaan teknik penceritaan berulang dalam telefilem arahannya, Miselia, bertujuan untuk menggambarkan peritnya keadaan mental pesakit Kecelaruan Identiti Disosiatif (DID).

Menurut Ekien Zaina, teknik berkenaan digunakan bagi menunjukkan bagaimana watak itu cuba mencipta cerita dan kehidupannya sendiri selepas berdepan dengan kenyataan bahawa kekasihnya sudah meninggal dunia.

“Pertama sekali, teknik penceritaan itu digunakan untuk menyedapkan lagi jalan cerita. Kalau tidak, saya boleh sahaja membuat penceritaan secara terbuka dan terus secara linear.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi, memang teknik penceritaan ini dibuat secara bukan linear. Saya mahu tunjukkan betapa peritnya seorang yang mempunyai masalah mental, apabila dia cuba menafikan keadaan yang berlaku dan mencipta cerita serta kehidupan sendiri,” katanya.

Ekien berkata demikian ketika ditanya mengenai beberapa adegan dalam telefilem berkenaan yang dilihat berulang beberapa kali.

Tanbahnya, teknik bukan linear itu juga menggambarkan watak berkenaan tidak dapat menerima hakikat mengenai kematian kekasihnya dan terus hidup dalam cerita yang diciptanya sendiri.

“Dia tidak dapat menerima keadaan itu dan cuba mencipta cerita sendiri serta kehidupan sendiri. Kekasihnya sudah meninggal dunia, tetapi pada pandangan dia, perkara itu berlaku dengan cara yang berbeza.

“Sebab itu dia cuba mengubah-ubah apa yang berlaku. Apa yang ditonton itu sebenarnya adalah ilusi dan imaginasi dia sahaja,” katanya.

Ekien berkata, pendekatan berkenaan dipilih bagi memperlihatkan keadaan yang dialami watak tersebut melalui cara penceritaan yang tidak bergerak mengikut urutan masa.

“Jadi, sebab itu saya buat begitu. Saya mahu menunjukkan keadaan watak itu yang cuba menafikan apa yang berlaku melalui cerita yang diciptanya sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Miselia bakal bersiaran pada 10 Oktober 2026, eksklusif di TV1 dan boleh distrim secara digital menerusi RTMKlik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×