Kerjasama produksi tempatan bersama Korea Selatan, Australia cecah RM89 juta

Kerjasama produksi tempatan bersama Korea Selatan, Australia cecah RM89 juta

AKMAL NASRULLAH melawat ruang reruai pada Program KL20 at Johor 2026 di Iskandar Malaysia Studio, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Sebuah syarikat produksi tempatan bakal menerima suntikan bernilai RM89.77 juta menerusi projek kolaborasi antarabangsa membabitkan studio terkemuka dari Australia dan Korea Selatan bagi tempoh dua tahun akan datang.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, projek yang diterajui OMG Studios bersama Madman Entertainment (Australia) serta Greenpatch Studio (Korea Selatan) itu merangkumi dua segmen utama.

Beliau berkata, dua projek utama akan dibangunkan menerusi kerjasama berkenaan, iaitu penerbitan filem dan televisyen Malaysia-Australia bernilai RM40.8 juta (US$10 juta) serta penerbitan filem cereka Malaysia-Korea bernilai hampir RM49 juta (US$12 juta).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerjasama ini berupaya mencipta peluang nyata bagi bakat, vendor, studio, serta pemilik harta intelek (IP) tempatan untuk terlibat dalam produksi antarabangsa selain membina keupayaan jangka panjang.

“Ia sekali gus memperkukuh potensi Koridor Johor-Singapura sebagai hub regional bagi kandungan antarabangsa, produksi virtual, kecerdasan buatan (AI) generatif dan teknologi kreatif,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program KL20 at Johor 2026: The Orange Economy Chapter – Creativity Reimagined di Iskandar Malaysia Studio (IMS), di sini hari ini.

Tambah Akmal Nasrullah, kerjasama antarabangsa itu berpotensi membuka peluang kepada bakat, vendor, studio dan pemilik harta intelek (IP) tempatan untuk terlibat dalam produksi antarabangsa, selain membangunkan keupayaan industri kreatif tempatan.

Tambahnya, kerjasama itu turut mengukuhkan potensi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai hab serantau bagi kandungan antarabangsa, produksi maya, kecerdasan buatan (AI) generatif dan teknologi kreatif.

Katanya, keupayaan IMS turut menyediakan platform praktikal membuka ruang kepada penerbitan produksi, teknologi dan akses pasaran.

“Johor mempunyai kedudukan yang baik untuk memajukan agenda ini. Kedudukan bersebelahan dengan Singapura, infrastruktur industri dan digital, hubungan serantau serta keupayaan sekitar IMS menjadikannya platform praktikal untuk produksi, teknologi dan akses pasaran,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×