JS-SEZ  bina keyakinan pelabur Johor, pintu gerbang strategik Malaysia

JS-SEZ  bina keyakinan pelabur Johor, pintu gerbang strategik Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usaha Kerajaan Persekutuan membangunkan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) telah membina keyakinan pelabur terhadap Johor sebagai pintu gerbang strategik Malaysia. 

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi separuh pertama 2025, JS-SEZ merekodkan pelaburan diluluskan RM37.1 bilion iaitu 66 peratus daripada keseluruhan pelaburan Johor. 

“Malah, JS-SEZ juga meraih RM29 bilion lagi komitmen pelaburan baharu,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, pelbagai usaha dilipatgandakan bagi memperkasa ekosistem pelaburan di JS-SEZ, antaranya Iskandar Malaysia Facilitation Centre Johor mempercepat urusan pelaburan dengan sokongan Johor Super Lane yang mengurangkan tempoh kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 

“Selain itu, Johor Talent Development Council menghubungkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan industri bagi menambah program pembangunan bakat, peningkatan kemahiran dan penempatan kerjaya bergaji premium,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN