Syor kajian pempadanan semula ditutup esok

Syor kajian pempadanan semula ditutup esok

KHAIRUL SHAHRIL IDRUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pameran syor bagi Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Dalam Negeri Sarawak Ke-7 yang sedang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan berakhir pukul 5 petang, esok.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, sebarang sokongan atau bantahan terhadap pameran syor tersebut hendaklah dibuat sebelum tempoh akhir pameran.

“Sebarang representasi sama ada bantahan atau sokongan terhadap pameran syor tersebut hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada SPR dan dihantar secara dalam talian melalui pautan https://myst.spr.gov.my atau dialamatkan kepada Pegawai Pilihan Raya Negeri Sarawak sebelum atau pada masa yang dinyatakan seperti di atas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Representasi yang lengkap juga boleh dihantar secara serahan tangan ke Pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak seperti alamat Pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak Tingkat 11, Bangunan Sultan Iskandar Jalan Simpang Tiga 93728 Kuching, Sarawak 4,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebarang pertanyaan mengenai urusan mengemukaan representasi berhubung persempadanan semula itu boleh dibuat melalui Hotline KSP Sarawak di talian 082-254 233 atau e-mel ke [email protected].

Pameran syor kajian persempadanan semula itu mula dilaksanakan pada 1 September lalu. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×