SPRM bertindak pantas tangani kes rasuah

SPRM bertindak pantas tangani kes rasuah

AZMI Kamaruzaman (tengah) menyaksikan simbolik penyerahan tongkat kuasa di antara mantan Pengarah SPRM Kelantan, Azmin Yusoff (kiri) kepada Pemangku Pengarah SPRM Negeri Kelantan, Najwa Mohd. Sabry ketika hadir Majlis Persaraan dan Serah Terima Tugas Pengarah SPRM Kelantan di Pejabat SPRM Negeri Kelantan, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMRUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa bertindak pantas menangani setiap kes rasuah sekali gus menafikan dakwaan agensi itu lambat mengambil tindakan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman berkata, ia termasuk menjalankan siasatan secara mendalam dan terperinci sebelum tindakan diambil.

Katanya, tangkapan terhadap pelaku asalah sebahagian daripada tanggungjawab agensi itu dalam menangani kes rasuah dan setiap tindakan yang diambil SPRM adalah berdasarkan masa dan kesesuaian sesuatu kes.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antaranya isu Tabung Haji baru-baru ini. Kita menjalankan siasatan secara mendalam dan bertindak pantas bagi menanganinya.

“Oleh itu, kita juga berharap masyarakat supaya segera melaporkan sebarang salah laku rasuah,” katanya ketika berucap sempena Majlis Serah Terima Tugas Pengarah SPRM Kelantan, Azmin Yusoff di Ibu Pejabat SPRM negeri di sini, hari ini.

Azmi berkata, laporan secara terus kepada SPRM lebih baik berbanding membuat persepsi dalam media sosial.

Katanya, SPRM menyediakan pelbagai mekanisme bagi menggalakkan orang ramai tampil membantu usaha membanteras rasuah, termasuk perlindungan pemberi maklumat dan Program Perlindungan Saksi.

“Orang bercakap dalam media sosial, membuat persepsi yang tidak baik. Entah betul, entah tidak. Jadi saya minta sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung salah laku rasuah, salurkanlah kepada SPRM, biar kami siasat,” ujarnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×