Pulau Pinang, Johor, Selangor sumbang 80.4 peratus perdagangan

Pulau Pinang, Johor, Selangor sumbang 80.4 peratus perdagangan Malaysia

PELABUHAN Klang. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pulau Pinang, Johor dan Selangor menyumbang 80.4 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia pada Ogos 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Jumlah perdagangan Malaysia pada Ogos berjumlah RM354 bilion dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM191 bilion dan RM163 bilion. 

DOSM berkata, Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama, menyumbang 51.1 peratus, diikuti oleh Johor (17.5 peratus), Selangor (13.4 peratus), Sarawak (5.4 peratus) dan Kuala Lumpur (3.2 peratus). 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pulau Pinang juga mencatatkan sumbangan terbesar import Malaysia iaitu 32.9 peratus, diikuti oleh Johor (24.5 peratus), Selangor (21.2 peratus), Kuala Lumpur (6.9 peratus) dan Kedah (4.4 peratus),” katanya dalam kenyataan. 

Menurutnya, eksport negara pada Ogos meningkat RM59.7 bilion atau 45.5 peratus berbanding Ogos 2025. 

“Peningkatan eksport ini didorong oleh eksport yang lebih tinggi di Pulau Pinang (RM49.2 bilion), Johor (RM6.2 bilion), Selangor (RM3.0 bilion), Sarawak (RM2.2 bilion), Perak (RM587.9 juta), Kuala Lumpur (RM426.4 juta), Negeri Sembilan (RM188.5 juta) dan Pahang (RM101.6 juta).

“Walau bagaimanapun, eksport mencatatkan penurunan di Perlis (RM31.4 juta), Kelantan (RM62.5 juta), Melaka (RM128.7 juta), Kedah (RM166.8 juta), Labuan (RM333.5 juta), Terengganu (RM624.1 juta) dan Sabah (RM974.1 juta),” ujarnya. 

Dalam pada itu, import Malaysia pula pada bulan sama meningkat RM47.5 bilion (41.1 peratus) berbanding Ogos 2025. 

“Peningkatan import ini didorong oleh import yang lebih tinggi di Pulau Pinang (RM24.7 bilion), Johor (RM14.5 bilion), Selangor (RM3.1 bilion), Kuala Lumpur (RM2.6 bilion), Kedah (RM1.7 bilion), Negeri Sembilan (RM1.6 bilion), Terengganu (RM550 Pahang (RM444.1 juta) dan Sabah (RM22.7 juta).

“Namun begitu, import mencatatkan penurunan di Kelantan (RM8.4 juta), Perlis (RM25.3 juta), Perak (RM26.5 juta), Sarawak (RM51 juta), Labuan (RM114.9 juta) dan Melaka (RM825.2 juta),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×